Friday 5 April 2013

NEW ARRIVAL !! JOM SINGGAH .... JGN LUPA BELI TAU ;)

SELIPAR WANITA







BRAND : MINNIE MOUSE
COLOUR : PURPLE , BLUE , PINK
SIZE : 9 , 9.5 , 10 , 10.5
PRICE : RM 20 ( INCLUDE POSTAGE )











BRAND : BEBE
COLOUR : PINK , BROWN , RED , BLACK , PURPLE
SIZE : 36 (5) , 37 (6) , 38 (7) , 39 (8) , 40 (9)
PRICE : RM 20 ( INCLUDE POSTAGE )








BRAND : PEEK ABJAD
COLOUR : GREEN
SIZE : 36 (5) , 37 (6) , 38 (7) , 39 (8) , 40 (9)
PRICE : RM 20 ( INCLUDE POSTAGE )








BRAND : PEEK BUNGA
COLOUR : BLACK
SIZE : 36 (5) , 37 (6) , 38 (7) , 39 (8) , 40 (9)
PRICE : RM 20 ( INCLUDE POSTAGE )









BRAND : ADIDAS
COLOUR : BLACK , PINK
SIZE : 36 (5) , 37 (6) , 38 (7) , 39 (8) , 40 (9)
PRICE : RM 27 ( INCLUDE POSTAGE )





SELIPAR LELAKI




BRAND : ADIDAS
COLOUR : GREEN , ORANGE
SIZE : 40 (6) , 41 (7) , 42 (8) , 43 (9) , 44 (10) , 45 (11)
PRICE : RM 20 ( INCLUDE POSTAGE )









BRAND : NIKE
COLOUR : BLACK , RED
SIZE : 40 (6) , 41 (7) , 42 (8) , 43 (9) , 44 (10) , 45 (11)







BRAND : 501
COLOUR : GREY
SIZE : 40 (6) , 41 (7) , 42 (8) , 43 (9) , 44 (10) , 45 (11)











BRAND : KAPPA
COLOUR : GREEN
SIZE : 40 (6) , 41 (7) , 42 (8) , 43 (9) , 44 (10) , 45 (11)








BRAND : DIESEL
COLOUR : BLACK , BROWN
SIZE : 40 (6) , 41 (7) , 42 (8) , 43 (9) , 44 (10) , 45 (11)








SELIPAR KANAK- KANAK







BRAND : GARFIELD
COLOUR : RED , BLUE , ORANGE
SIZE : 6 , 6.5 , 7













BRAND : PRINCESS
COLOUR : YELLOW , PINK , BLUE , PURPLE
SIZE : 25 , 26 , 27 , 28 , 29







Sunday 24 March 2013

MERAWAT TUMIN KAKI MEREKAH

Merawat tapak kaki merekah bukannya mudah. Ramai yang mengalami masalah sebegitu tanpa mengira jantina dan umur. Tapak kaki yang merekah sebenarnya berpunca daripada kekeringan kulit yang kritikal yang mana ia akan menyebabkan kulit yang tebal akan merekah dan membentuk garis-garis halus pada tapak kaki.
Apabila masalah ini dibiarkan tanpa rawatan, garis-garis kasar ini akan berkembang menjadi semakin besar dan kasar, sehingga mendatangkan ketidakselesaan dan kesakitan ketika berjalan. Masalah ini boleh dirawat dengan menyapu pelembab atau losyen, tetapi bagi yang tidak serasi menggunakan perawatan sedemikian, bolehlah mencuba petua yang dikongsikan dibawah. Semoga ianya serasi dengan anda.

1. Asam jawa
Bersihkan kaki anda terlebih dahulu dan lap. Kemudian sapukan dengan sedikit asam jawa pada bahagian tumit anda yang bermasalah dan biarkan untuk beberapa minit sebelum dicuci. Amalkannya setiap malam sebelum tidur. Seelok-eloknya gunakan asam jawa segar, tapi jika tidak ada, boleh juga gunakan asam jawa yang telah diproses.


2. Garam
Sapukan bahan pelembab atau losyen setiap hari pada kaki anda dan paling penting adalah merendam kaki anda pada air yang suam-suam kuku dan dicampurkan dengan garam. Amalkan merendam kaki ini seminggu sekali.


3. Daun betik muda
Rendam kaki anda dalam air suam terlebih dahulu. Kemudian ambil daun betik muda dan sapukan getahnya pada bahagian tumit yang pecah. Biarkan sehingga getah itu kering sebelum dibersihkan dengan air. (Jangan gunakan sabun).


4. Kemboja
Ambil sepotong kulit batang kemboja dan rebuskan ia dengan tiga liter air sehingga mendidih. Air rebusan itu digunakan untuk merendam kaki yang bermasalah.


# moga dengan tips ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah tumit kaki pecah . SELAMAT MENCUBA








biker shoes

NEW ARRIVALLL !!!!

BIKER SHOES

COLOUR : DARK CHOCOLATE , LIGHT CHOCOLATE , BLACK
SIZE : 6 - 10
( AVAILABLE LOW CUT AND HIGH CUT )
PRICE : RM 200
POSTAGE : RM 20 ( SEMENANJUNG )
                  : RM 40 ( SABAH DAN SARAWAK )
BRAND : ORIGINAL EXPRESS POLO
MATERIAL : FULL LEATHER
FEATURES : LIGHTWEIGHT AND RUGGED

IF INTERESTED, PLEASE CONSULT WITH CIK NABIHAH 013-7262126 @ CIK AZWANI 0111-5652437 . THANK YOU VERY MUCH .










Wednesday 9 January 2013

TIPS UNTUK MEMBELI KASUT PERKAHWINAN


Tentukan belanja yang diperuntukkan untuk membeli kasut pengantin. Peruntukan memainkan peranan yang besar dalam menentukan jenis kasut pengantin anda. Jika peruntukannya agak tinggi, anda bolehlah menempah khas tetapi kalau terhad, ada banyak kedai kasut yang menjual kasut yang sesuai pada harga yang berpatutan.
Utamakan keselesaan kerana pengantin tidak seharusnya berjalan terjengket-jengket, lebih lebih lagi jika majlis diadakan di dewan atau hotel. Untuk mengelakkan kaki melecet, eloklah kasut itu dicuba pakai semasa di rumah supaya ianya lebih serasi. Ataupun, pakailah losyen untuk melicinkan bahagian tumit kaki. 
Pentingkan seri atau keanggunan kasut tersebut. Ianya mestilah cantik dan menimbulkan rasa puas terhadap sesiapa yang memandangnya.
Ketinggian kasut juga harus diambil kira kerana ia mestilah sesuai dengan ketinggian pasangan. Tentu tidak padan jika pengantin perempuan yang tinggi lampai mengenakan kasut bertumit tinggi sehingga melebihi ketinggian pengantin lelaki.
Seelok-eloknya kasut pengantin sepadan dengan fabrik baju pengantin. Setengah pereka fesyen yang menjahit pakaian pengantin akan menggunakan cebisan fabrik pakaian sebagai hiasan kasut. Ini akan menimbulkan keseragaman ke atas keseluruhan penampilan pengantin. Jika baju pengantin itu disewa, mungkin pengantin boleh memilih kasut berwarna emas atau perak, bergantung kepada warna baju pengantin.
Pilih rekaan kasut yang bersesuaian dengan bentuk kaki anda. Bukan semua orang sesuai memakai kasut yang terbuka. Lebih selamat dan untuk menutup parut-parut yang mungkin ada di bahagian kaki terutama di bahagian jari-jemari, pilihlah kasut yang tertutup.

TIPS MEMILIH KASUT :)



1. Kasut mesti berpadanan dengan ukuran kaki anda.

2. Pakai kasut untuk berjalan atau kasut sukan yang lembut pada tapak bahagian dalam. Ia sepatutnya mempunyai bahagian atas yang diperbuat daripada kulit atau kanvas yang membenarkan pengaliran udara, untuk mengelakkan kaki anda berpeluh.

3. Jangan memakai kasut yang terbuka di bahagian hujung atau sandal yang mempunyai tali antara ibu jari dan jari kaki, kerana ia boleh mencederakan jari kaki anda.

4. Kasut anda hendaklah memuatkan ukuran panjang dan lebar kaki dengan ruang yang mencukupi bagi jari-jari kaki.

5. Elak daripada memakai kasut yang terlalu ketat, bertumit tinggi dan bahagian depan yang tirus kerana ia boleh meninggikan tekanan dan boleh menyebabkan kaki anda melecet.

6. Masa terbaik untuk membeli kasut adalah pada waktu petang apabila kaki anda berada dalam keadaan yang sedikit membesar atau bengkak. Jika kasut yang dipakai sewaktu kaki anda membengkak berasa selesa, ia pasti akan dapat memberi keselesaan pada sepanjang hari.

7. Lembutkan kasut baru secara beransur-ansur memakainya tidak lebih daripada 1 jam sehari selama beberapa hari.

8. Sentiasa memakai kasut dengan sarung kaki atau stoking untuk membantu mengelakkan kemelecetan atau kesakitan. Pilihlah sarung kaki yang lembut dan diperbuat daripada kapas atau campuran kapas dan gentian tiruan, yang akan membantu mengekalkan kekeringan kaki. Jangan memakai sarung kaki yang terlalu ketat di pergelangan kaki kerana ia boleh menyekat aliran darah ke kaki anda. Tukar sarung kaki atau stoking setiap hari.

9. Sentiasa periksa bahagian dalam kasut anda samaada terdapat benda-benda asing di dalamnya. Benda-benda asing ini boleh bergesel dengan kaki dan menyebabkan kemelecetan atau kesakitan.

# jadi , harapan sy ia akan dapat membantu anda semua untuk memilih kasut yang betul dan selesa :)