Wednesday 9 January 2013

TIPS MEMILIH KASUT :)



1. Kasut mesti berpadanan dengan ukuran kaki anda.

2. Pakai kasut untuk berjalan atau kasut sukan yang lembut pada tapak bahagian dalam. Ia sepatutnya mempunyai bahagian atas yang diperbuat daripada kulit atau kanvas yang membenarkan pengaliran udara, untuk mengelakkan kaki anda berpeluh.

3. Jangan memakai kasut yang terbuka di bahagian hujung atau sandal yang mempunyai tali antara ibu jari dan jari kaki, kerana ia boleh mencederakan jari kaki anda.

4. Kasut anda hendaklah memuatkan ukuran panjang dan lebar kaki dengan ruang yang mencukupi bagi jari-jari kaki.

5. Elak daripada memakai kasut yang terlalu ketat, bertumit tinggi dan bahagian depan yang tirus kerana ia boleh meninggikan tekanan dan boleh menyebabkan kaki anda melecet.

6. Masa terbaik untuk membeli kasut adalah pada waktu petang apabila kaki anda berada dalam keadaan yang sedikit membesar atau bengkak. Jika kasut yang dipakai sewaktu kaki anda membengkak berasa selesa, ia pasti akan dapat memberi keselesaan pada sepanjang hari.

7. Lembutkan kasut baru secara beransur-ansur memakainya tidak lebih daripada 1 jam sehari selama beberapa hari.

8. Sentiasa memakai kasut dengan sarung kaki atau stoking untuk membantu mengelakkan kemelecetan atau kesakitan. Pilihlah sarung kaki yang lembut dan diperbuat daripada kapas atau campuran kapas dan gentian tiruan, yang akan membantu mengekalkan kekeringan kaki. Jangan memakai sarung kaki yang terlalu ketat di pergelangan kaki kerana ia boleh menyekat aliran darah ke kaki anda. Tukar sarung kaki atau stoking setiap hari.

9. Sentiasa periksa bahagian dalam kasut anda samaada terdapat benda-benda asing di dalamnya. Benda-benda asing ini boleh bergesel dengan kaki dan menyebabkan kemelecetan atau kesakitan.

# jadi , harapan sy ia akan dapat membantu anda semua untuk memilih kasut yang betul dan selesa :)

No comments:

Post a Comment