Monday 30 July 2012






     Bila terbaca rencana di ruangan Sihat suratkhabar Utusan harini mengenai kaki berbau, teringat masa zaman persekolahan dulu. Kalau zaman sekolah dulu memang tak berapa kisah sangat tentang penjagaan kasut kadang-kadang tak basuh dan stokin hanya guna satu stokin sahaja untuk seminggu. Bayangkan kasut dan stoking seminggu baru basuh. Kaki berbau sebenar bukan sahaja berpunca dari pemakaian kasut bertutup tapi sesetengahnya mengalami masalah kulit kaki lembab menyebabkannya mudah berpeluh dan dijangkiti bakteria yang menjadi punca kaki berbau.

   Memang agak memalukan apabila mengalami masalah seperti ini terutama menghadiri majlis-majlis yang perlu kita membuka kasut. Sesiapa yang mempunyai masalah ini cepat-cepat  cari penawarnya. Penawarnya amatlah senang jangan dibiarkan perkara ini berlarutan kerana menyusahkan diri sendiri untuk berhadapan orang ramai. Lain la zaman bersekolah kerana ramai tidak kisah sangat kasut dan kaki berbau sebab kebanyakan kawan-kawan pun sama.
    Beberapa fakta tentang kaki- tapak kaki mempunyai kalenjar peluh yang lebih banyak dan saraf yang lebih sensitif berbanding anggota lain.Sakit pinggang, masalah pencernaan,sakit kepala dan sakit tulang belakang sering dikaitkan dengan bahagian kaki dan sebab itu rawatan refleksologi amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah dibahagian badan lain.
Bagaimana nak mengatasi masalah kaki berbau?
1- Elak memakai stokin dari nylon, guna stokin diperbuat dari kapas supaya tidak berkuap.
2- Jika kasut anda lembap, jemur dibawah panas matahari untuk mengeringkannya. Jangan pakai kasut yang lembap nanti kaki berkulat.
3- Sediakan lebih dari sepasang kasut begitu juga dengan stokin kalau boleh sehari satu stokin berlainan.
4- Amalkan membasuh kaki dan sabun dengan sabun antibakteria selepas membuka kasut setelah seharian memakainya.
5- Jika kaki anda masih berbau, amalkan merendam kaki kedalam air suam selama 10-15 minit dan gosok dibahagian celah-celah jari bagi membuang kotoran.
6- Sekiranya masalah kaki berbau masih berlarutan, cuba petua ini, didihkan 3 cawan air bersama 3 uncang teh dan dicampurkan dengan setengah baldi air sejuk kemudian rendamkan kaki dalam air tersebut bagi menghilangkan bau tersebut.
7-Lagi petua, boleh juga ambil sebiji limau nipis dan gosokkan dibahagian kaki. Kalau boleh amalkan setiap hari dan ia amat berkesan untuk mengatasi masalah kaki berbau.
8- Boleh juga beli bedak antiseptik dan taburkan di dalam kasut atau sapu dibahagian kaki setiap kali sebelum memakai kasut. Bedak ini mampu menyerap peluh dan mengurang kaki berbau.
Jika masalah kaki berbau ini berlarutan, jangan tunggu lagi, jumpa la doktor bagi mengetahui cara yang lebih berkesan bagi mengatasi masalah kai berbau. Jangan biarkan kaki berbau menggangu kehidupan seharian.



No comments:

Post a Comment